Selasa, 24 Februari 2015
Khamis, 12 Februari 2015
Satu taklimat EKSA telah dijalankan pada 12 Februari 2015 di Rumah Rehat Cempaka Sari. Tujuan taklimat ini di adakan bagi memberi pendedahan yang menyeluruh sebagai salah satu inisiatif menambahbaik pelaksanaan amalan 5S yang dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Taklimat EKSA di dewan Cempakasari Parit |
Penerangan Ekosistem Kondusif Sektor Awam |
Sesi Soal Jawab |
Pembukaan Taklimat |
Penyampaian Cenderamata |
Selasa, 10 Februari 2015
Antara tujuan penjenamaan semula 5S sektor Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan kreativiti, inovasi dan 'go green'. Faedah-faedah penjenamaan semula ini adalah seperti berikut :-
- Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti,
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi
- Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran,
- Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.
EKSA adalah singkatan daripada “EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM”. Ringkasnya ia adalah satu penjenamaan semula kepada amalan 5S yang diamalkan sebelum ini oleh agensi-sgensi kerajaan yang memperoleh sijil amalan daripada pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia). Tujuaan diperkenalkan EKSA supaya dapat meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi dengan berimejkan korporat disamping mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti.
Pada tahun 2010, MAMPU telah mempersijilkan amalan 5S ke atas beberapa agensi dan Jabatan Kerajaan dan tempoh sah laku sijil tersebut selama 2 tahun. Bagi merealisasikan dan memantapkan lagi suasana tempat kerja yang kondusif berdasarkan amalan 5S, penjenamaan semula dilakukan dengan acuan sendiri dan tidak lagi menggunapakai nama 5S (Seiri-Seiton-Seiso-Seiketsu-Shitsuke), sebaliknya amalan 5S telah dimasukkan sebagai sebahagian komponen dalam pelaksanaan EKSA ini.
Rabu, 4 Februari 2015
Selasa, 3 Februari 2015
Langgan:
Catatan (Atom)